Maklumat PD


MAKLUMAT RINGKAS

           Perpustakaan Desa Perumahan Awam Pauh atau PD RPA Pauh, mula beroperasi sepenuhnya kepada pengguna mulai 3 Julai 2007. Penubuhannya di dalam kawasan perumahan menjadikan kedudukan perpustakaan ini begitu strategik disamping penduduknya yang berbilang bangsa iaitu, Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Bangunan ini pada asalnya adalah dewan orang ramai dan dijadikan perpustakaan pada tahun 2006. Ianya terletak berhampiran dengan Pekan Pauh,   yang mana dahulu pekan ini digelar sebagai ‘Pauh Cina’ oleh masyarakat setempat. Gelaran ini diberikan kerana pada masa dahulu terdapat begitu ramai masyarakat Cina yang tinggal di kawasan ini. Sekarang pekan ini telah didiami oleh pelbagai   kaum dan tidak lagi digelar ‘Pauh Cina’. Pihak kerajaan telah menukarnya kepada ‘Pekan Pauh’.

No comments:

Post a Comment