Kata Aluan



Selamat Datang ke blog Perpustakaan .Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Perpustakaan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya saya tidak la pandai mana nak buat blog ini namun untuk memastikan saya tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat telah menggamit saya untuk mempelajari cara membuat blog dan akhirnya terhasil lah blog Perpustakaan RPA Pauh ini. Kalau tahap di peringkat sekolah tu mungkin lah saya ni boleh diklasifikasikan masih di peringkat tadika dalam membina blog kerana baru belajar membuat blog. Harapan saya ialah suatu hari nanti saya mampu membina blog Perpustakaan yang lebih baik.Selain itu, diharapkan juga blog Perpustakaan ini mampu memberi santapan informasi yang berguna kepada tetamu blog perpustakaan ini dan dapat aktiviti yang berguna dalam menyuarakan pendapat yang boleh dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment